id0p nEy tAk selaLu kitE di atAs dAn tAk seLalu jUga kitE di bawAh..s0, hArgai pE yaNg kitE dh adE yeR.. (^_^) bAk kaTe orAng 'HIDUP UMPAMA RODA'.. jAngan kitE t'Lalu s0mboNg jiKa kiTe berAda Di atAs dAn jAngan jUga kitE tErLalu mereNdah diRi jikA kitE di BawAh..id0pLaa daLam kesEderhaNaan....... ......-0rkiDbiRu-

Tuesday, 6 May 2014

Al Fatihah..kembalinya The Legend ke Rahmatullah 'DATUK AZIZ SATAR' dlm kenangan...



Al Fatihah....

Datuk Aziz Satar telah pergi menghadap Ilahi pada hari ini 06 Mei 2014 kira2 jam 2pagi td di Hospital Kajang.. Allahyarham meninggal dunia pada usia 89 tahun..

Serba sedikit mengenai diri Allahyarham:
* Datuk Aziz Satar atau lebih di kenali sebagai Aziz Satar
* Lahir pada 08 Ogos 1925 ( 89tahun pada 2014) di Pekalongan Provinsi Jawa Tengah, Indonesia
* Seorang seniman yg serba boleh
* Pelakon, pelawak, pengarah 
* Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura
* Dibesarkan di Pasir Panjang dan di sinilah Allahyarham berkawan rapat dengan Salleh Kamil dan Shariff Dol yang juga menjadi pelakon
* Pada 1950 Allahyarham menyertai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong
* Pada Sept 1951 Allahyarham mula bekerja di Studio Jalan Ampas, Singapura
* 1952 telah mengubah kehidupan Allahyarham setelah diajak oleh 2 sahabatnya bekerja di Studio Malay Productions.
* Pada 1953 Allahyarham telah diberi kepercayaan untuk membawa watak tambahan dalam filem 'PUTUS HARAPAN'

Berikut merupakan filem yang pernah dibintangi Allahyarham (*sumber wikipedia)
  1. Putus Harapan (1953)
  2. Mangsa (1953)
  3. Hati Iblis (1953)
  4. Jasa (1954)
  5. Arjuna (1954)
  6. Kipas Hikmat (1955)
  7. Ribut (1956)
  8. Putera Bertopeng (1957)
  9. Bujang Lapok (1957)
  10. Hantu Jerangkong (1957)
  11. Hantu Kubur (1958)
  12. Filem Anak Pontianak [1958]
  13. Nujum Pak Belalang (1959)
  14. Raja Laksamana Bentan (1959)
  15. Pendekar Bujang Lapok (1959)
  16. Sumpah Wanita (1960)
  17. Ali Baba Bujang Lapok (1961)
  18. Seniman Bujang Lapok (1961)
  19. Siti Muslihat (1962)
  20. Labu Labi (1962)
  21. Nasib Labu Labi (1963)
  22. Pilih Menantu (1963)
  23. Siapa Besar (1964)
  24. Mambang Moden (1964)
  25. Takdir (1965)
  26. Pusaka Pontianak (1965)
  27. Aksi Kucing (1966 Malay Film Productions Ltd)
  28. Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)
  29. Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
  30. Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
  31. Da Di Du (1981 Indra Film Production)
  32. Darah Satria (1983)
  33. Bujang Lapok Kembali Daa... (1985)
  34. Tarik Tarik (1993)
  35. Abang '92 (1993)
  36. Layar Lara (1997)
  37. Jibon (1998)
  38. Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
  39. Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)
  40. Cicak-Man (2006)
  41. Anak Halal (2007)
  42. Setem (2009)
  43. Momok The Movie (2009)
  44. Kecoh Betul (2010)

Dan berikut adalah filem arahan Alalhyarham sepanjang hayatnya:
  1. Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)
  2. Si Badol (1979 Sabah Film Production)
  3. Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
  4. Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
  5. Da Di Du (1981 Indra Film Production)
  6. Setinggan (1982)
  7. Darah Satria (1983)
  8. Tujuh Biang Keladi (1984 Nirwana Film Production)
  9. Bujang Lapok Kembali Daa.. (1985)
  10. Perawan Malam (1986)
  11. Tak Kisahlah Beb (1988)
  12. O.K. (1989)
  13. Adik (1990)
  14. Simfoni Duniaku (1994)
  15. Gelora Cinta
Walaupun Allahyarham telah meninggalkan kita semua untuk selama-lamanya, tetapi 'masih hidup' dalam dunia seni kita sampai bila-bila. Salam takziah untuk keluarga Allahyarham.... ALFATIHAH........

No comments:

Post a Comment