id0p nEy tAk selaLu kitE di atAs dAn tAk seLalu jUga kitE di bawAh..s0, hArgai pE yaNg kitE dh adE yeR.. (^_^) bAk kaTe orAng 'HIDUP UMPAMA RODA'.. jAngan kitE t'Lalu s0mboNg jiKa kiTe berAda Di atAs dAn jAngan jUga kitE tErLalu mereNdah diRi jikA kitE di BawAh..id0pLaa daLam kesEderhaNaan....... ......-0rkiDbiRu-

Tuesday, 18 February 2014

CatuAn AIR @kLuang

Assalamualaikum guys....

hhmm..korang tentu sedia maklum tentang perubahan cuaca kt negara kite skrg ni kan...sblum ni sejuk yg agak sejuk or mmg sejuk..hihi..skrg ni pulak ttbe panas melampau..waktu siang tu,mmg pns tol..tp ade angin..cume pns...bile pns n berangin ni, jgn laa kite buat pembakaran terbuka sbb api senang sgt merebak..kalo leh yg merokok tu pun, jgn buang putung rokok tu merata-rata..bhya laa skrg..byk berlaku pmbakaran hutan kn..so, same2 laa kite jage negara kite ni..

dlm berita skrg ni, sane2 sini cerita psl air kn..catuan air..kt Kluang ni pun dh start catuan air 18 feb sbb empangan kt Sg Sembrong dh menurun melebihi paras kritikal..bhya kan?silap2 kering air sg..hmm, sme2 laa kite doa smga Allah memberi hujan kpda kite..Amin...


AMIN..................

BEKALAN AIR BERJADUAL: PENDUDUK KLUANG DIMINTA BERHEMAH GUNA AIR

JOHOR BAHRU- Orang ramai khususnya yang mendapat bekalan air dari Loji Rawatan Air Sembrong Timur dekat Kluang dinasihatkan supaya menggunakan bekalan air secara bijak dan berhemah berikutan langkah SAJ Holdings (SAJ) melaksanakan bekalan air berjadual yang bermula 18 Februari ini.
Bekalan air berjadual tersebut merupakan satu langkah yang diambil setelah mendapati paras air di Sg Sembrong Kiri merosot ke 0.20 meter pada hari ini melebihi paras kritikal iaitu 0.50 meter sekaligus menyebabkan loji kendalian Southern Water Coproration (SWC) itu  hanya mampu beroperasi pada pengeluaran yang paling minima.
Berikutan itu, bagi mengagihkan bekalan air bersih yang terhad kepada semua, kawasan yang terlibat dibahagi kepada 9 zon seperti terteraBekalan air berjadual ini akan bermula pada 18 Februari ini dan akan berakhir pada 18 Mac 2014.
Sebagai makluman juga, bekalan air secara berjadual ini dengan sendirinya terbatal sekiranya paras air di sungai menunjukkan peningkatan sekaligus membolehkan loji beroperasi pada kapasiti pengeluaran biasa dan seterusnya pengguna mula mendapat bekalan air sewajarnya. Tetapi, sekiranya keadaan bertambah kritikal, jadual lain akan dikeluarkan bersesuaian dengan keadaan semasa pengeluaran loji.
Sg Sembrong merupakan sumber air domestik yang menyalurkan air untuk dirawat di Loji Air Sembrong Timur sebelum diagih kepada kira-kira 150,000 pengguna bekalan air di Kluang.
Fenomena cuaca kering yang sedang melanda negara pada masa ini turut memberi kesan kepada bekalan air apabila beberapa muka sauk dilaporkan mengalami penurunan paras air. Walau bagaimanapun, pihak SAJ bersama-sama dengan beberapa jabatan berkenaan juga sedang memantau secara terperinci keadaan paras air di empangan-empangan dan muka sauk yang lain  demi memastikan tindakan awal dapat dilaksanakan bagi meminimakan gangguan bekalan air dan pengguna mendapat bekalan air bersih sewajarnya.

untuk lebih makluman tempat2 yg terlibat dan tarikh click: http://saj.com.my/V2/Publication/notisjadual_kluang.pdf