id0p nEy tAk selaLu kitE di atAs dAn tAk seLalu jUga kitE di bawAh..s0, hArgai pE yaNg kitE dh adE yeR.. (^_^) bAk kaTe orAng 'HIDUP UMPAMA RODA'.. jAngan kitE t'Lalu s0mboNg jiKa kiTe berAda Di atAs dAn jAngan jUga kitE tErLalu mereNdah diRi jikA kitE di BawAh..id0pLaa daLam kesEderhaNaan....... ......-0rkiDbiRu-

Wednesday, 18 December 2013

eN miMpi....di sebalik topeng....

Encik miMpi..............
 


Encik Mimpi mahu peminat nilai bakat seni, teruja jadi calon awal Artis Baru ABPBH 2013 


Tidak kisah dengan tanggapan negatif terhadap imejnya itu, Encik Mimpi akur dengan tohmahan diterima. Sejak membabitkan diri dalam bidang penulisan blog pada 2009, jejaka berusia 25 tahun ini mengambil pendirian enggan berkongsi kisah dirinya kepada umum. 





Namun, siapa sangka, minatnya menulis blog dan memuat naik rakaman video nyanyian sendiri di laman YouTube menjadi perhatian ramai. Lagu ciptaannya, Rindukanlah dipilih menjadi single runut bunyi kepada drama bersiri Playboy Itu Suami Aku yang sedang ditayangkan TV3. 


Tidak pernah menyangka minat akhirnya bertukar kerjaya, Encik Mimpi yang ditemui di Studio The New Straits Times Press (NSTP) di Kuala Lumpur, baru-baru ini, tidak lokek berkongsi perjalanan hidupnya. Sebagai artis junior, Encik Mimpi agak gementar dek kali pertama menjalani penggambaran bersama media cetak. 


”Pada mulanya saya hanya menulis di blog saya iaitu di laman blogspot dengan menggunakan nama Encik Mimpi. Saya kemudian memuat naik video di YouTube. Sebelum ini, saya belajar di luar negara. Apabila pulang, saya mula aktif di arus perdana seperti sekarang. 
“Encik Mimpi memang berahsia orangnya. Saya minta maaf sebab saya tidak beritahu banyak perkara mengenai diri saya dengan imej bertopeng. Memang ramai yang nak tahu lebih mendalam, tapi saya membuat keputusan untuk tidak berkongsi kisah peribadi. Malah wajah sayapun ramai yang tidak kenal. 



“Dari dulu lagi saya sudah tampil begini. Jadi apabila menyertai arus perdana, saya mahu terus kekalkan imej ini,” katanya. 


Encik Mimpi mengakui dia sedia menerima risiko tampil dengan imej bertopeng. 


“Saya terima apa saja yang orang ramai katakan pasal saya. Saya sendiri tidak kisah dan bersedia terima, biarpun saya tahu ia komen negatif,” katanya. 









Encik Mimpi_Rindukanlah









OrkidBiru:hihi...edit gune cymera..dh xde kerja laa kata kan..semalam dh update psl encik mimpi ni..tp cam xpuas hati pulak...tu yg buat baru...lagi advance kot...hihi...tu picture tuan punye blog tau..
EncikMimpi_agak agak kan..cmne rupa EM ni kan..ensem x...cam ensem jek..cam smart jek..hihihi..btw, lagu Rindukanlah di youtube mendapat views lebih 720 000 selepas 3 bulan di muat naik...wow!! giler kentang..kihkih..Tahniah ye Encik Mimpi...lagu tu mendapat sambutan yg menggalakkan dan sy pn salah sorg peminat lagu ni..hihi...best sangat tau...hihi...teruskan usaha anda.... (^^,)





No comments:

Post a Comment