id0p nEy tAk selaLu kitE di atAs dAn tAk seLalu jUga kitE di bawAh..s0, hArgai pE yaNg kitE dh adE yeR.. (^_^) bAk kaTe orAng 'HIDUP UMPAMA RODA'.. jAngan kitE t'Lalu s0mboNg jiKa kiTe berAda Di atAs dAn jAngan jUga kitE tErLalu mereNdah diRi jikA kitE di BawAh..id0pLaa daLam kesEderhaNaan....... ......-0rkiDbiRu-

Thursday, 7 February 2013

j0m bAlik kaMpung.....(^^,)

Assalamualaikum....

Hi guys...pe plan chines new year ni? rubi nak balik kampung laa..hehe cuti 5 ari tu..syok giler...sok dh start cuti...bile dh bekerjaya ni, mmg ssh ckit laa nk ct pnjang...weekend pn byk abeskan mase utk rehat jek..huhu..

So, petang ni gerak ke batu pahat..ke rumah akak dlu..sok pg2 baru gerak balik kampung...sok ptg confirm2 jln jem kn...jgn lupe,ops selamat dh start tau..patuhi undang2 jalan raya ok!!

Bile kereta banyak ni,ramai pemandu yg lebih penting kan diri sendiri laa..suke menyelit2 laa..cucuk belakang laa...eeee,menakutkan...ingat, malang tu tak berbau..berhati-hatilaa semasa memandu,,jangan disebabkan kelalaian kite,nyawa orang lain yang melayang...ingatlaa orang yg t'sayang...

Ni rubi nak kongsi sikit tips pemanduan berhemah...:


1. Rancang perjalanan anda...

2. Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik dan selamat..

3. Sentiasa memakai tali pinggang ketika memandu..

4. Mematuhi had laju yang ditetapkan..-jangan laju2 ye,kang kena saman, rm300 melayang..

5. Pastikan jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan...-rubi sangat2 xsuke org cucuk belakang..geram!!

6. Beri isyarat sekiranya hendak menukar lorong..-ni pun ramai yang sesuke hati jek tukar lorong..atleast,bagi laa signal..bukan kena byr pun bagi signal tu..huhuhu

7. Jangan memandu di lorong kecemasan..-kalo di fikir2kan, org2 yang lalu lorong kecemasan tu yang menambahkan lagi kesesakkan jalan raya..yela,dorang syok jek ikot lorong kecemasan,bile dh smpai depan,tibe2 nak potong barisan pulak..orang belakang t'pakse laa bagi laluan..dh jd slow kt situ..kan kan??



semoga perjalanan kite lancar dan selamat menuju ke destinasi.. selamat bercuti!!!
-orkiDbirU-



Wednesday, 6 February 2013

apE adE padE riNdu....???



RINDU.............

Assalamualaikum....

Rindu....
Ape ade dengan RINDU???
Ape itu RINDU???
Sakit ke RINDU tu???
Bez ke RINDU tu???
Berbaloi ke RINDU tu???

Banyak persoalan tentang RINDU..
tapi kalo kite leh rase RINDU tu,soalan2 tu mesti leh jawab kn...
rasenye sume org pun melalui RINDU tu..cume antara sedar or x jek..
mcm2 bnde leh wat kite ase rindu...xkire laa pd manusia, bnde, binatang, knderaan, aktiviti harian ke..

pernah gak t'jmpe satu post ni kt fb..pun psl RINDU..
mcm ni laa lebih kurang bunyiknye..
kalo kite RINDU kt seseorang tu,kite amik sebiji batu besar, tulis laa i miss u..then baling kt orang yg kite rindu tu..bia die tau betapa sakitnye rindu tu..hahahaha..p cm kejam kn??p kalo nk cube pn,pe salahnye...hikhikhik


ni ade 1 lirik lagu RINDU by Hijjaz...pun pasal rindu jugak...


Next, lagu ni pulak..mesti tau kn???


Hah..ni pulak senarai lagu2 yang ade perkataan RINDU.....


Pujangga RINDU....





Lastly, special for him...hehehehehehe 


From my heart:

Rindu itu tidak akan hilang..
Rindu itu tidak akan pergi..
Rindu itu akan kekal...
Rindu itu tetap bersamaku selagi hati masih menghargai..
Menghargai setiap yang berlaku...
Menghargai setiap yang ade..
Menghargai setiap perbuatan...

Cinta membuat kite rindu..
Kasih membuat kite rindu...
Sayang membuat kite rindu..
Rindu membuat kite sakit..
Sakit itu membuat kite tersenyum sendirian...
hehehehe...

Dari ALLAH kite datang..kepada ALLAH jua kite kembali.. Alhamdulillah ALLAH masih memberi kesempatan untuk kite b'nafas di bumiNya ini.. Syukran Jazilan....


Tuesday, 5 February 2013

pULau pAtung yg scAry...eeeeeeuuuu~~~~


Dikenali sebagai “La Isla de la Munecas” dalam bahasa Sepanyol, pulau patung ini mungkin menjadi tempat yang paling seram untuk dikunjungi pelancong-pelancong yang datang ke Mexico. Terletak di selatan bandar Mexico, pulau ini penuh dengan pelbagai kisah-kisah misteri. Boleh dikatakan hampir kesemua pokok di pulau ini dihiasi dengan patung-patung berwajah seram yang pastinya akan membuatkan anda rasa seperti diperhatikan.

Kisah misteri di sebalik pulau patung ini bermula apabila seorang pertapa bernama Don Julian Santana berpindah ke sini. Walaupun beliau sudah berkahwin, beliau memilih untuk menghabiskan sisa hayat hidup beliau di pulau ini.

Don Julian dikatakan sering dihantui oleh roh seorang budak perempuan yang dipercayai mati lemas dalam salah satu saluran di pulau tersebut. Ada sumber yang mengatakan Don Julian memancing patung-patung tersebut kerana menganggap patung-patung yang dipancingnya itu adalah kanak-kanak yang sebenar. Ada yang mengatakan beliau mengumpul kesemua patung dan meletakkannya di hampir di sekeliling rumahnya untuk dijadikan makam kepada roh budak perempuan yang mati lemas itu.

Pada tahun 2001, Don Julian Santana ditemui mati oleh anak saudaranya di dalam saluran yang sama budak perempuan itu ditemui mati. Kini, pulau tersebut dan kesemua patung tersebut terus menjadi misteri.


Di bawah ni antara gambar-gambar patung yang terdpat di pulau tersebut.....: 









pEsaNan bLueorcHid : Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui..pe pun yg terjadi di dunia ini adalah atas kehendakNya..kite sebagai manusia hanya perlu beribadah kepadaNya...ALLAHUAKBAR... Allah Maha Besar............. (^_^)

kUcing dAn ISLAM......



Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. 

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.


ANTARA KAJIAN YANG DIJALANKAN BERKAITAN KUCING.....:


Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. 

Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.


HADITH-HADITH MENGENAI KUCING.........



Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.



Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com




Monday, 4 February 2013

kUcing2 yg comEy.. hahahaha

Okay. Nak tekan mana satu dulu ek? Tan tan tut keladi we we siapa terkentot dia anak cina tua. Haaa...



Cari benda tersembunyi. Cepat cepat. Sementara stok masih ada.


Haha. Aku ingat belon tadi. Sengal.


Berapa kali mak dah ajar? Dua tolak satu jawapan dia satu terjatuh. Faham? Isk isk isk. Degil betol budak ni.


 Negaraku. Tanah tumpahnya darahku.


Jangan cuba cuba nak goda I okay.


puLaU kUciNg...~~~ (^^,)

Tahukah????

Tahukah kite bahawa di Jepun terdapat sebuah pulau yang di panggil "PULAU KUCING"..
Pulau ini terletak di Fukuako, Pulau Syurga Ribuan Kucing..
Di pulau ini,ribuan kucing berkeliaran dengan bebas dan di beri makan oleh nelayan-nelayan yang tinggal di pulau tersebut.
Berikut antara gambar-gambar kucing yang hidup di pulau tersebut...









sumber : http://penpatah.blogspot.com/2012/11/cool-fukuoka-pulau-syurga-ribuan-kucing.html